Followers

Monday, September 19, 2011

Jelajah Taman Negara Pahang

Dah lama merancang dan akhirnya sampai juga tarikh pada 16 sept untuk aktiviti memancing di Taman Negara Pahang. Lokasi memancing di lubok zon hijau sahaja. Krew seramai 12 org. Kalau nak pegi lubuk lain bayaran lebih mahal. jelajah ini juga mengimbau kenangan ke Taman Negara pada tahun 2007. So dapatlah bandingkan suasana taman negara dulu dan sekarang.


Sebelum ke Taman Negara singgah R&R Temerloh pekena ikan patin. Konon nak ambil feel rasa patin dulu. Cittttt...

Tido rumah Abg Dollah(Guide). Semua khusyuk dengar cite Abg Dolah, dari bab ikan sampai ke memburu rusa.

Naik bot Abg Pak Anjang.... Nie posing utk cam berni je tp dlm hati takut bot karam.

Org asli yg masih mengekalkan pengangkutan berakit tp ada juga yang dah guna bot. Selain menggunakan bot kayu dan fiber ada juga menggunakan jetski untuk pengangkutan.

Ikan dan udang untuk dibuat umpan hasil tangkapan mengunakan cara meraba(merdak). Punya besar udang galah tu layak buat umpan jer.....


Saiz mata pancing untuk menajur tapah dah nak sama dengan saiz telefon. Sepanjang sungai tembeling penuh dengan tajur dan jaring.

Hasil tangkapan yang diperolehi baung jenderak dan sebarau.

Gambar beberapa pemuda asli sedang bersewang....

Bergambar sebelum balik di jeti Kg Pagi Ulu Tembeling... baru lepas makan patin lawang gulai tempoyak dan ikan jenderak masak rom. perrrrgh.....

Dua orang otai Kg Pagi Ulu tembeling, Fadzli(Baju Hitam) dan Abg Dolah(Jaket Hijau).
Hasil ikan daripada trip ini tidak memberangsangkan, tetapi pengalaman dan ilmu yg diperolehi amat berharga. Sekarang baru tahu bagaimana utk merdak ikan, merawai, pasang jaring, mengenal pasti jika ada tapah atau tidak dilubuk, mengenal tumbuhan hutan seperti tongkat ali dan hempedu bumi, bunyi haiwan seperti kuang bukit.

Sebagai kesimpulan zon hijau ditaman negara adalah lokasi menarik untuk memancing cuma untuk mendapat ikan gred A seperti patin buah & lawang, toman,kelah,sebarau dan tapah kaedah menjaring ,menajur dan merawai adalah kaedah paling efektif. Kalau guna pancing agak sukar dan bergantung pada nasib. Setakat lampam dan ikan putih tiada masalah utk dapat. Untuk dapat ikan gred A sesuai pergi ke Sg Keniam dan Sg Sat dimana dikatakan lebih mudah diperolehi.

No comments:

Post a Comment