Followers

Wednesday, August 24, 2011

Ternak Keli...


Tengah belajar ternak keli. Yang kat atas tu menggunakan tong simpanan air dan ditanam dalam tanah. Yan kat bawah guna tong yg betul ehsan dari jabatan pertanian. Saja test tengok kalau menjadik boleh dikembangkan. Buat masa ni stok keli yg ada utk dikorbankan masa raya nanti....


Itik Serati


Itik Serati hasil dari baka terdahulu. Asal ada 8 ekor tp hanya 3 yang berjaya hidup. Lima yg mati disebabkan kena gigit dengan angsa jantan. Angsa dan itik ni memang tak boleh duduk sama.


New batch telur itik serati, tinggal lima jak. Lagi 4 biji habis dimakan biawak. Harap-harap menjadi kesemuanya. Kali ni eraman telur secara semula jadi. Incubator yg dibeli ada sedikit masalah dengan kadar penetasan yg terlalu rendah. Tengah selidik masalahnya.

Membersihkan Kebun


Dah ada bunga durian aktiviti menebas kebun pun bermula. Walau bulan pose tapi tetap menebas. Cuma buat waktu pagi laaaa, waktu petang mau buka awal jawabnya.



Hak ni pondok berehat lepas penat menebas. Kayu kat dinding tu buat bakar lemang raya nanti. zassss

Oh kome derian dah berbunga.

ROnda-ronda kebun tengok durian dah berbungaa atau tidak. Dan ini hasilnya. Kalau diizinkanNya, mintak2 laaaa jadik semuanya.




Friday, August 12, 2011

Ayam Hutan



Bulan lepas gi kebun menebas. Kasik terang sikit senang nak cari durian. Dalam pada dok libas terbang sekor ayam hutan betina. Nasib baik tak kena sabit kalau tak dapat jugak makan ayam hutan. Kebiasaanya kalau ayam hutan betina ada, telor pun ada juga. So selak semak dan dapat 4 biji telur ayam.



Terus simpan dalam incubator sebab ibu ayam takkan balik semula ke tempat asal sebab dah terang. Tak sampai 8 hari dah menetas dan ini lah hasilnya. Hanya 3 yang berjaya. Berdasarkan pengalaman anak ayam ini sukar dijinakkan kerana terlalu liar. Kalau dah besarpun ia akan lari semula ke hutan. Lagi pun baka 100% hutan ni hanya berkokok awal pagi dan petang jer. Bawak gi mikat alamatnya dok tengok ayam main tanah je laaaa.... Oleh itu ayam hutan ni akan dilepaskan dikebun semula bila dah pandai cari makan sendiri.