Followers

Friday, August 12, 2011

Ayam Hutan



Bulan lepas gi kebun menebas. Kasik terang sikit senang nak cari durian. Dalam pada dok libas terbang sekor ayam hutan betina. Nasib baik tak kena sabit kalau tak dapat jugak makan ayam hutan. Kebiasaanya kalau ayam hutan betina ada, telor pun ada juga. So selak semak dan dapat 4 biji telur ayam.



Terus simpan dalam incubator sebab ibu ayam takkan balik semula ke tempat asal sebab dah terang. Tak sampai 8 hari dah menetas dan ini lah hasilnya. Hanya 3 yang berjaya. Berdasarkan pengalaman anak ayam ini sukar dijinakkan kerana terlalu liar. Kalau dah besarpun ia akan lari semula ke hutan. Lagi pun baka 100% hutan ni hanya berkokok awal pagi dan petang jer. Bawak gi mikat alamatnya dok tengok ayam main tanah je laaaa.... Oleh itu ayam hutan ni akan dilepaskan dikebun semula bila dah pandai cari makan sendiri.


No comments:

Post a Comment