Followers

Thursday, December 22, 2011

Kembali Membiak

Salam Sejahtera,

Lama tak update nih, sibuk dengan kerja. Sejak berjaya menhapuskan musuh tradisi haiwan ternakan iaitu musang dan biawak, barulah membiak ayak dan itik. Namun begitu masih ada lagi biawak junior besar ibu kaki yg belum terhapus.





Atas:- Telur2 yg menunggu utk menetas secara semulajadi(eraman). Buat masa ni tak guna incubator sebab kadar penetasanya rendah sangat. Entah apa masalahnya dan sedang disiasat.


Antara ternakan yang ada. Tak berkandang. Tak larat nak bagi makan... biar cari makan sendiri.


Ayam baru menetas...

Tuesday, November 29, 2011

Ikannnnnnnnnnnnn...

Jalan2 di Pantai Balok melihat org memukat ikan di pantai. Banyak hasil diperolehi seperti ikan aruan tasik, pari, udang, duri dan beberapa ikan yg aku tak kenali. Nasib ikan yg tiada harga berakhir seperti ini..........



Akhirnya kau gugur jua.....

Superb. Lama dah menunggu...



Proses utk tempoyak..

Monday, September 19, 2011

Jelajah Taman Negara Pahang

Dah lama merancang dan akhirnya sampai juga tarikh pada 16 sept untuk aktiviti memancing di Taman Negara Pahang. Lokasi memancing di lubok zon hijau sahaja. Krew seramai 12 org. Kalau nak pegi lubuk lain bayaran lebih mahal. jelajah ini juga mengimbau kenangan ke Taman Negara pada tahun 2007. So dapatlah bandingkan suasana taman negara dulu dan sekarang.


Sebelum ke Taman Negara singgah R&R Temerloh pekena ikan patin. Konon nak ambil feel rasa patin dulu. Cittttt...

Tido rumah Abg Dollah(Guide). Semua khusyuk dengar cite Abg Dolah, dari bab ikan sampai ke memburu rusa.

Naik bot Abg Pak Anjang.... Nie posing utk cam berni je tp dlm hati takut bot karam.

Org asli yg masih mengekalkan pengangkutan berakit tp ada juga yang dah guna bot. Selain menggunakan bot kayu dan fiber ada juga menggunakan jetski untuk pengangkutan.

Ikan dan udang untuk dibuat umpan hasil tangkapan mengunakan cara meraba(merdak). Punya besar udang galah tu layak buat umpan jer.....


Saiz mata pancing untuk menajur tapah dah nak sama dengan saiz telefon. Sepanjang sungai tembeling penuh dengan tajur dan jaring.

Hasil tangkapan yang diperolehi baung jenderak dan sebarau.

Gambar beberapa pemuda asli sedang bersewang....

Bergambar sebelum balik di jeti Kg Pagi Ulu Tembeling... baru lepas makan patin lawang gulai tempoyak dan ikan jenderak masak rom. perrrrgh.....

Dua orang otai Kg Pagi Ulu tembeling, Fadzli(Baju Hitam) dan Abg Dolah(Jaket Hijau).
Hasil ikan daripada trip ini tidak memberangsangkan, tetapi pengalaman dan ilmu yg diperolehi amat berharga. Sekarang baru tahu bagaimana utk merdak ikan, merawai, pasang jaring, mengenal pasti jika ada tapah atau tidak dilubuk, mengenal tumbuhan hutan seperti tongkat ali dan hempedu bumi, bunyi haiwan seperti kuang bukit.

Sebagai kesimpulan zon hijau ditaman negara adalah lokasi menarik untuk memancing cuma untuk mendapat ikan gred A seperti patin buah & lawang, toman,kelah,sebarau dan tapah kaedah menjaring ,menajur dan merawai adalah kaedah paling efektif. Kalau guna pancing agak sukar dan bergantung pada nasib. Setakat lampam dan ikan putih tiada masalah utk dapat. Untuk dapat ikan gred A sesuai pergi ke Sg Keniam dan Sg Sat dimana dikatakan lebih mudah diperolehi.

Wednesday, August 24, 2011

Ternak Keli...


Tengah belajar ternak keli. Yang kat atas tu menggunakan tong simpanan air dan ditanam dalam tanah. Yan kat bawah guna tong yg betul ehsan dari jabatan pertanian. Saja test tengok kalau menjadik boleh dikembangkan. Buat masa ni stok keli yg ada utk dikorbankan masa raya nanti....


Itik Serati


Itik Serati hasil dari baka terdahulu. Asal ada 8 ekor tp hanya 3 yang berjaya hidup. Lima yg mati disebabkan kena gigit dengan angsa jantan. Angsa dan itik ni memang tak boleh duduk sama.


New batch telur itik serati, tinggal lima jak. Lagi 4 biji habis dimakan biawak. Harap-harap menjadi kesemuanya. Kali ni eraman telur secara semula jadi. Incubator yg dibeli ada sedikit masalah dengan kadar penetasan yg terlalu rendah. Tengah selidik masalahnya.

Membersihkan Kebun


Dah ada bunga durian aktiviti menebas kebun pun bermula. Walau bulan pose tapi tetap menebas. Cuma buat waktu pagi laaaa, waktu petang mau buka awal jawabnya.



Hak ni pondok berehat lepas penat menebas. Kayu kat dinding tu buat bakar lemang raya nanti. zassss